Catatan

Meraihkan anak sunat ala masyarakat Cocos

Imej
Pada 26 November 2017 bersamaan hari Ahad,  Rantas FC  telah meraikan 2 cucu sempena hari mau disunat ...berkhatanlah tu...walaupun bersunat ini dijalankan secara moden di hospital tetapi untuk memeriahkan anak sunat selalu masyarakat Cocos mengadakan beberapa acara yang dibuatkan untuk menghilangkan rasa gementar anak-anak sunatlah tu... Seawal pagi selepas subuh semua ahli  Rantas FC  terutama cucu2 telah dikejutkan dengan bunyi gendang yg dimainkan oleh atuk Pak Lija..seorang pemain gendang anak sunat di  Kampung Cocos, Batu 6 Lahad Datu. Mandi anak sunat  2. Jam 6.00 am...Arie dimandikan oleh Atuknya,,, ala-ala Red Carpet gitu... kawan2 1 geng yang mau disunat Persediaan Akim...istidi bah Abang Ari dah selese jadi anak sunat...bujangan bah Persediaan mandi anak sunat Majlis anak sunat yang berlangsung walaupun sederhana tapi meriah dengan segala amburan duit...banggulak...kain cita ..bikin recak familiy Nek Jere...

3 bulan selepas pembedahan

Assalamualaikum w.w, Hari ini genap 3bulan usia pembedahan saya...Syukur alhamdulillah diberikan kesembuhan oleh Yang Maha Esa...amiin. Sepanjang tempoh berpantang 3 bulan saya lebih banyak mengawal pemakanan. Saya masih dapat mengekalkan berat badan seperti selepas pembedahan iaitu 73kg.  Walau pun dari segi BMI saya masih dikira sebagai obesiti tetapi badan terasa ringan.....maklumlah daripada berat badan 88kg kepada 73kg itu amazinglah turun dalam masa 5 jam saja.....15kg t beb!!!!!! 1. Katakan TIDAK kepada makanan sejuk seperti timun, terung(huhuhu,,,makanan kegemaran) 2. Katakan Yes kepada sayur-sayuran berwarna hijau terutama sawi manis, kailan, brokoli tetapi TIDAK kepada kangkung.. 3. Katakan TIDAK kepada kfc... 4. Katakan Yes kepada ikan rebus.. 5. Katakan TIDAK kepada sambal kicap,,sambal belacan,,huhuhuhu apa-apa bentuk sambal-sambalan pun... 6. Katakan Yes kepada buah-buahan...saya makan buah oren, betik 7. Katakan TIDAK kepada minuman bergas...(nasib baik bu...

Apa itu CA125?..(suatu perkongsian info)

CA 125  atau penanda tumor ( tumor marker ) merupakan suatu protein yang konsentrasinya sangat tinggi pada sel tumor. Meskipun CA 125 juga terdapat  pada berbagai jenis kanker namun konsentrasi zat ini paling tinggi ditemukan pada  kanker ovarium . CA sendiri merupakan singkatan dari  Cancer Antigen . Bagaimana mengukur kadar CA 125? CA 125 umumnya diukur dari sampel darah yang diambil dari orang yang dicurigai menderita kanker atau untuk memonitor keberhasilan pengobatan kanker ovarium. CA 125 juga bisa diukur berdasarkan pemeriksaan cairan yang diambil dari rongga perut dan rongga dada. Pada tahun 1996 dilakukan perbaikan dalam hal metode pengukuran CA 125 sehingga menghasilkan versi baru dari CA 125 yaitu  CA 125 – II . Berapa nilai normal dari CA 125? Nilai normal CA 125 bervariasi pada setiap laboratorium, namun sebagaian besar laboratorium menggunakan angka dibawah 35 U/ml. Apa artinya peningkatan CA 125 dan bagaimana tindakan selanjutny...

Review operatian ovarian cyct

Review selepas opret pada 15/8/2017 lalu bertarikh hari ini 4/10/2017 selepas 6 minggu... Doktor mengatakan result opret ovarian cyct tersebut merupakan satu berita baik...wow...syukurlah Dalam istilah perubatan doktor mengatakannya sebagai Intermediate Result...apa tu doktor? Begini...intermediate tu bermakna sekiranya saya tidak melakukan opret untuk membuang ketumbuhan tersebut maka ia mungkin akan bertambah besar di perut,,,satu perkara lagi apabila ia pecah mungkin mengakibatkan perkara yang lain pula dan membahayakan...perkara yang mungkin akan berlaku ialah kanser...fulammakkk... ...so keputusan saya untuk membuat opret tersebut adalah satu tindakan yang baik...walaupun saya telah kehilangan set kehamilan ...redha jaklah...xdah rezeki beranak...hanya Allah Yang Maha Mengetahui...apapun syukur Alhamdulillah segala persoalan terjawab kenapa perut tu membesar begitu cepat... ...So untuk next review lebih kepada pemantauan 6 bulan sekali...Sebelum berjumpa doktor semula saya ...

Khasiat air kelapa

(...kongsi info dari blog Dr.Hamid Arshat...semoga bermanfaat) Saya amat terkilan dengan sikap orang malaysia yang pandang rendah terhadap buah2 dan sayur2 tempatan. Allah kurniakan semua ini sebagai rahmat yang penuh berkat dan khasiat untuk kesihatan kita. Mengapa kita lebih gemar makan buah2 dan sayur2 yang diimport yang kita tidak tahu kandungan kimia dan racun yang telah digunakan. Kelapa adalah satu pokok ajaib yang hampir setiap bahgian memberi faedah kepada manusia. Buah kelapa adalah sumber makanan terbaik mengandungi semua bahan karbohaidret, perotin dan lemak serta pelbagai vitamin, logam dan antioxidan. Pokoknya mudah ditanam dimana2 tanah lapang atau terbiar dan tidak perlu penjagaan intensif. Baka2 baru saperti kelapa pandan cepat dan banyak buahnya. Khasiat air kelapa muda . Air kelapa muda dengan isinya(flesh) memang minuman kegemaran saya. Sekarang ia menjadi minuman harian saya. Kebetulan sekitar kawasan rumah saya ada beberapa pokok kelapa yang sentiasa berbu...

Khasiat Halia & Madu

(....Kongsi maklumat dari blog Dr.Hamid Arshat) MINUM TEH HALIA DENGAN MADU SETIAP HARI Hampir semua orang kenal halia, malah ramai yang memang sudah mengambilnya sebagai ramuan masakan, minum air halia (air sarbat), juz halia, powder halia(pil halia) atau gerok halia ala jepun. Orang2 cina dan jepun telah menggunakan halia untuk merawat berbagai jenis penyakit sejak lebih 2000 tahun. Apakah kandungan halia? Halia mengandungi dua bahan iaitu gingerol dan shogaol yang dipercayai mempunyai kesan pengobatan. Bahan2 obatan tersebut bertindak sebagai anti inflamasi iaitu mengawal peroses radangan. Inflamasi yang keronik bolih mencetuskan berbagai penyakit jantung, stroke, arthritis, gout dan tumbuhan kanser. Halia mengandungi A, C, E, B complex . Juga mengandungi berbagai logam potassium, manganese, magnesium, phosphorus, sodium, iron, zinc dan calcium. Juga beta carotene. Mengamalkan makan halia seharian insha Allah bolih mencegah serta merawat berbagai jenis penyakit. Apakah khasiat2 ke...

Berat Badan Ideal (BMI)

Ukur berat anda (dalam kilogram) dan tinggi anda (dalam meter). BMI boleh dikira menggunakan formula di bawah: Berat (kg) BMI = --------------------------------- Tinggi (m) x tinggi (m) Formula ini tidak boleh digunakan oleh: Orang yang berusia 18 tahun ke bawah Orang yang mengandung atau menyusukan anak Orang yang terlalu tua (yang lemah) Ahli sukan yang aktif dan ahli bina badan Setelah mendapat BMI anda lihat carta di bawah untuk menentukan sama ada anda gemuk atau tidak. BODY MASS INDEX Status BMI Kurus kurang 20.6 Normal 20.7 - 26.4 Gemuk 26.5 - 30.9 Obese 31.0 - 45.2 Bahaya lebih 45.3 Contoh pengiraan: Berat badan = 60kg Tinggi = 150 cm iaitu 1.5 meter Oleh itu BMI = 60 / (1.5 x 1.5) = 60 / 2.25 = 26.67 iaitu gemuk