Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Khasiat air kelapa

(...kongsi info dari blog Dr.Hamid Arshat...semoga bermanfaat) Saya amat terkilan dengan sikap orang malaysia yang pandang rendah terhadap buah2 dan sayur2 tempatan. Allah kurniakan semua ini sebagai rahmat yang penuh berkat dan khasiat untuk kesihatan kita. Mengapa kita lebih gemar makan buah2 dan sayur2 yang diimport yang kita tidak tahu kandungan kimia dan racun yang telah digunakan. Kelapa adalah satu pokok ajaib yang hampir setiap bahgian memberi faedah kepada manusia. Buah kelapa adalah sumber makanan terbaik mengandungi semua bahan karbohaidret, perotin dan lemak serta pelbagai vitamin, logam dan antioxidan. Pokoknya mudah ditanam dimana2 tanah lapang atau terbiar dan tidak perlu penjagaan intensif. Baka2 baru saperti kelapa pandan cepat dan banyak buahnya. Khasiat air kelapa muda . Air kelapa muda dengan isinya(flesh) memang minuman kegemaran saya. Sekarang ia menjadi minuman harian saya. Kebetulan sekitar kawasan rumah saya ada beberapa pokok kelapa yang sentiasa berbu...

Khasiat Halia & Madu

(....Kongsi maklumat dari blog Dr.Hamid Arshat) MINUM TEH HALIA DENGAN MADU SETIAP HARI Hampir semua orang kenal halia, malah ramai yang memang sudah mengambilnya sebagai ramuan masakan, minum air halia (air sarbat), juz halia, powder halia(pil halia) atau gerok halia ala jepun. Orang2 cina dan jepun telah menggunakan halia untuk merawat berbagai jenis penyakit sejak lebih 2000 tahun. Apakah kandungan halia? Halia mengandungi dua bahan iaitu gingerol dan shogaol yang dipercayai mempunyai kesan pengobatan. Bahan2 obatan tersebut bertindak sebagai anti inflamasi iaitu mengawal peroses radangan. Inflamasi yang keronik bolih mencetuskan berbagai penyakit jantung, stroke, arthritis, gout dan tumbuhan kanser. Halia mengandungi A, C, E, B complex . Juga mengandungi berbagai logam potassium, manganese, magnesium, phosphorus, sodium, iron, zinc dan calcium. Juga beta carotene. Mengamalkan makan halia seharian insha Allah bolih mencegah serta merawat berbagai jenis penyakit. Apakah khasiat2 ke...

Berat Badan Ideal (BMI)

Ukur berat anda (dalam kilogram) dan tinggi anda (dalam meter). BMI boleh dikira menggunakan formula di bawah: Berat (kg) BMI = --------------------------------- Tinggi (m) x tinggi (m) Formula ini tidak boleh digunakan oleh: Orang yang berusia 18 tahun ke bawah Orang yang mengandung atau menyusukan anak Orang yang terlalu tua (yang lemah) Ahli sukan yang aktif dan ahli bina badan Setelah mendapat BMI anda lihat carta di bawah untuk menentukan sama ada anda gemuk atau tidak. BODY MASS INDEX Status BMI Kurus kurang 20.6 Normal 20.7 - 26.4 Gemuk 26.5 - 30.9 Obese 31.0 - 45.2 Bahaya lebih 45.3 Contoh pengiraan: Berat badan = 60kg Tinggi = 150 cm iaitu 1.5 meter Oleh itu BMI = 60 / (1.5 x 1.5) = 60 / 2.25 = 26.67 iaitu gemuk

Tekanan Darah Systolic Diastolic

Imej
Bacaan HB (Hemoglobin) dan Bacaan BP (Blood Preassure) atau Tekanan Darah adalah 2 perkara berbeza.   Jika anda mempunyai tekanan darah rendah bukan bermaksud anda kekurangan darah. Sebelum ni hamil tak pernah amik hal pun pasal HB mahupun BP.  Tapi memang biasa dengar jururawat kata BP awak ni rendah ya.  Saya kata, a ah saya memang tekanan darah rendah.  So OK.   Apa maksud bacaan HB? Bacaan untuk menentukan  paras Hemoglobin dalam darah  yang diukur melalui sampel darah yang diambil.  Hemoglobin adalah protein yang berfungsi  membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.  Paras Hb dikira dalam  unit g/dL  (gram / deciLiter). Alat Ukur HB  Apa maksud bacaan BP? BP ( Blood Pressure ) atau Tekanan Darah :  Tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh darah ketika darah dipam dari jantung ke seluruh badan. Systolic  : Tekanan kepada pembuluh darah akibat denyutan jantu...

Menu selepas bersalin

MAKANAN DALAM PANTANG SELEPAS BERSALIN 1. Ikan Masin Lada Hitam Bahan-bahan: Ikan masin (Digoreng tanpa minyak) Lada hitam Cara-cara: Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau Gaulkannya sebati 2. Ikan Tenggiri Kering Bahan-bahan: 1 keping ikan tenggiri kering 2 biji lada besar ½ biji bawang besar dihiris Cara-cara: Ikan digoreng layur bersama hirisan halia. Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur. Hidang bersama nasi panas 3. Sambal Tok-tok Lada Hitam Bahan-bahan: Bawang merah Bawang putih Ikan bilis Lada hitam Cara-cara: Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam Hidang bersama nasi panas 4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa Bahan-bahan: Isi ikan masin (Kurau @ Talang) 1 labu bawang besar 5-6 tangkai cili kering 3 ulas bawang putih ½ inci halia Sedikit air asam jawa & gula Cara-cara: Tumis semua bahan yang dihiris. Bila agak garing, masukkan air...