Tekanan Darah Systolic Diastolic

Bacaan HB (Hemoglobin) dan Bacaan BP (Blood Preassure) atau Tekanan Darah adalah 2 perkara berbeza.  

Jika anda mempunyai tekanan darah rendah bukan bermaksud anda kekurangan darah.

Sebelum ni hamil tak pernah amik hal pun pasal HB mahupun BP.  Tapi memang biasa dengar jururawat kata BP awak ni rendah ya.  Saya kata, a ah saya memang tekanan darah rendah.  So OK.  

Apa maksud bacaan HB?

  • Bacaan untuk menentukan paras Hemoglobin dalam darah yang diukur melalui sampel darah yang diambil. 
  • Hemoglobin adalah protein yang berfungsi membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. 
  • Paras Hb dikira dalam unit g/dL (gram / deciLiter).
Alat Ukur HB 


Apa maksud bacaan BP?

  • BP (Blood Pressure) atau Tekanan Darah : Tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh darah ketika darah dipam dari jantung ke seluruh badan.
    Systolic : Tekanan kepada pembuluh darah akibat denyutan jantung.
    Diastolic : Tekanan semasa jantung ‘berehat’

Alat Ukur BP (Blood Preassure) atau Tekanan Darah



Bacaan Systolic dan Diastolic



Carta Bacaan Tekanan Darah Normal, Rendah dan Tinggi


Tip untuk mengurangkan risiko tekanan darah
  1. Senaman seperti angkat berat dsb. Senaman dua atau tiga kali seminggu boleh membantu membakar lemak dan memperbaiki metabolisma glukosa di dalam badan.
  2. Dapatkan binatang peliharaan seperti kucing. Ia boleh membantu mengurangkan tekanan perasaan.
  3. Jadi seorang yang lebih optimistik (berfikiran positif).
  4. Pergaulan sosial yang baik boleh mengurangkan stress dan depression. Sertai kelab sukarela dsb.
  5. Meditasi selama beberapa minit sehari - sembahyang, yoga dsb.
  6. Amalkan pengambilan makanan tambahan CoEnzyme Q10. 
  7. Tukar kerjaya kepada yang kurang memberi tekanan kepada anda.
  8. Bercuti sekali sekala.
  9. Amalkan pengambilan makanan berasaskan soya.
PENTING: Sila rujuk kepada doktor anda sebelum mengambil apa-apa ubat atau menjalani rawatan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat Halia & Madu

Apa itu CA125?..(suatu perkongsian info)