Isu Kesihatan- Pembedahan Ovarian Cyct
Pengalaman menjalani pembedahan Ovarian Cyct yang mengejutkan!!!! Saya nak kongsi pengalaman baharu menjalani pembedahan Ovarian Cyct yang agak mengejutkan dalam kehidupan selama ini...huhuhu.. Saya telah dimasukkan ke wad 2 hari lebih awal dari tarikh pembedahan. Pada 13/8/2017 saya telah mendaftarkan diri di wad 4B hospital Besar Lahad Datu. Ini merupakan pengalaman pertama saya mendapatkan perkhidmatan di wad hospital walaupun sebelum ini pernah juga menjalani opret utk situasi yang berlainan di hospital yg berlainan tahun 1986 di hospital Tawau dan 1993 di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Saya mula memberanikan diri membuat pemeriksaan pada awalnya pada 16/6/2017 di klinik swasta memandangkan bentuk badan saya yang semakin membesar terutama di bahagian perut. Tambahan pula perut semakin semakin tidak berubah walaupun ketika itu adalah bulan Ramadhan. Jika biasanya turunlah juga berat walaupun sedikit...tapi kali ini saya rasa setiap kali m...