Menu Tempoh berpantang
Hari 1 sehingga Hari 10 selepas pembedahan Keadaan saya dalam tempoh ini ialah: i.berjalan dengan menahan perut. ii. melangkah perlahan-lahan ii.sukar berak, kentut mahupun ketawa iii. berak bercampur angin iv. sembelit v. jari jemari belum kuat menggenggam. vi. belum boleh rukuk vii. keluar darah bercampur lendir kehitam-hitaman ( sedikit2) viii. tidak boleh duduk tegak kena baring 130 darjah gitu ix. susah naik tangga/kenderaan Menu sarapan pagi: i. air rebusan halia+ serai+ madu + kurma ii. air nestum iii.kuih apam/pau/biskut Menu Tengahari i. bubur nasi ii. ikan rebus + sayur sawi@ lobak putih + tauhu iii. oren/betik Menu Malam i. sup sayur + ikan @ lobak merah + tauhu ii.oren/betik Hari 11sehingga Hari 20 Keadaan saya dalam tempoh ini: i.kena cuci jahitan 2hari sekali di hospital (25 jahitan) ii.berjalan agak tegak iii.tangan belum menggenggam kuat terutama sebelah kanan (mungkin sebab suntikan masih terasa lebamnya) ...